Imran Aqil utamakan keluarga, tolak tawaran drama panjang demi anak

KUALA LUMPUR – Pelakon dan bekas penyampai radio, Imran Aqil mengakui kehidupannya kini jauh berbeza selepas bergelar bapa, apabila keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada keluarga berbanding kerjaya seni.

Menurut Imran, dia dan isteri yang juga pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal telah menyusun jadual sebaik mungkin bagi memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan seimbang.

“Bukan hanya soal rezeki, tetapi juga masa. Kami pastikan ada giliran dan peranan masing-masing untuk jaga anak. Isteri saya pun buat keputusan untuk kurangkan aktiviti kerja buat sementara,” katanya kepada MYBERITA pada sidang media Malam Paling Terhangat sempena Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) di APW, Bangsar, pada Khamis.

Imran turut mendedahkan dia kini menolak tawaran lakonan berskala besar seperti drama bersiri 40 episod demi memastikan masa bersama keluarga tidak terjejas.

“Saya nak ada masa tengok anak membesar depan mata. Itu momen yang tak boleh diulang,” ujarnya.

Bagaimanapun, cabaran paling besar buat Imran hadir apabila anak sulungnya disahkan positif Covid-19 pada usia hanya 52 hari.

“Masa doktor cucuk anak pun saya dah menangis. Saya pegang anak masa kena tiub, isteri saya keluar bilik sebab tak sanggup tengok. Saya pun sebenarnya dah tak kuat masa tu,” luahnya.

Dalam pada itu, Imran turut memuji perubahan penampilan isterinya selepas berkahwin yang kini lebih sopan dan menjaga aurat, tanpa sebarang paksaan daripadanya.

“Saya tak paksa pun, cuma pernah tegur sekali dan dia terus ambil serius. Saya suka dia pakai longgar dan sopan. Itu kecantikan sebenar dia dan milik saya seorang,” katanya.

Tidak hanya fokus kepada keluarga, Imran juga sedang giat berlatih bagi menyertai Ironman Triathlon tahun ini. Demi memastikan masa keluarga tidak terganggu, dia sanggup bangun seawal 3 hingga 4 pagi untuk sesi latihan intensif seperti berenang, berbasikal dan berlari.

BACA JUGA:  Usia 13 tahun dah pandai bagi duit raya, Shuib luah rasa bangga

Antara individu yang menjadi inspirasi buat Imran untuk terus kekal aktif ialah penyanyi dan pelakon Alif Satar serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang menurutnya banyak memberi motivasi untuk menjalani gaya hidup seimbang.

“Bagi saya, keluarga tetap nombor satu. Tapi dalam masa yang sama, saya masih mahu cabar diri dan kekal aktif. Itu cara saya jaga kesihatan fizikal dan mental,” katanya.

Imran bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos karpet merah bersama Fiza Saad pada malam kemuncak berprestij Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang dijadual berlangsung pada 3 Ogos ini, jam 9 malam secara langsung di TV3 serta siaran strim eksklusif menerusi Tonton.

Acara karpet merah pula boleh ditonton seawal 8 malam menerusi TikTok rasmi Melodi Berapi dan TV3 Malaysia.

AMT2025 akan menampilkan pasangan pengacara utama, Fikry Ibrahim dan Ain Edruce, dengan sokongan penaja utama Samsung Galaxy Z Fold7 & Galaxy Flip7, serta All-New Proton X50 sebagai penaja kenderaan rasmi.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...