Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

JOHOR BAHRU – Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti popular tanah air, Fattah Amin dan Amira Othman sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang penuh indah dan bermakna di Golden Palm Tree, malam tadi.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin bersama lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran yang melambangkan ikatan cinta dua hati tersebut.

Dalam majlis serba eksklusif itu, penyanyi lagu Dalam Sujudku tampil anggun mengenakan busana rekaan Teh Firdaus, manakala Fattah segak dalam persalinan hasil sentuhan pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan bapa Amira, Othman Abdul Kadir serta ahli keluarga terdekat menjadi saksi penyatuan cinta mereka. Suasana majlis yang hanya dihadiri keluarga, saudara-mara dan rakan rapat menjadikan momen bersejarah itu lebih intim dan penuh makna.

Terdahulu, Fattah mencuri perhatian apabila membuat kejutan di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir, dengan mengumumkan tarikh pernikahan mereka jatuh pada 14 September, yang juga merupakan hari lahirnya.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia lima tahun.

BACA JUGA:  Rakaman CCTV dedah aksi lelaki ‘kait’ seluar dalam penduduk Jempol
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...