Jepun catat rekod suhu tertinggi 41.8 Celsius hari ini

TOKYO – Jepun hari ini mencatat dua rekod baharu suhu tertinggi dalam sehari, apabila termometer mencecah 41.6 darjah Celsius pada sebelah pagi dan meningkat kepada 41.8 darjah Celsius pada sebelah petang, menurut Pejabat Kaji Cuaca Jepun.

Pihak berkuasa memberi amaran suhu mungkin terus meningkat, berikutan gelombang haba melampau yang kini melanda kebanyakan kawasan negara itu.

Bandar Isesaki mencatat suhu tertinggi baharu itu, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya iaitu 41.2°C di wilayah Hyogo, yang baharu sahaja direkodkan minggu lalu.

Musim panas di Jepun tahun ini dijangka menjadi antara yang paling ekstrem, meneruskan trend sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang menyaksikan cuaca semakin tidak menentu akibat perubahan iklim.

Tahun lalu, Jepun mencatat musim panas paling panas dalam sejarah, menyamai rekod pada tahun 2023. Ia turut diikuti oleh musim luruh paling panas sejak 126 tahun lalu, sejak pencatatan cuaca dimulakan.

Di Kyoto, lokasi pelancongan utama negara itu, suhu mencecah 40°C minggu lalu kali pertama dalam sejarah bacaan sedemikian dicatatkan sejak pos pemerhatian suhu diwujudkan pada tahun 1880.

Pakar memberi amaran bahawa perubahan suhu ekstrem ini mengancam fenomena semula jadi ikonik Jepun, termasuk bunga sakura yang berisiko tidak berkembang sempurna kerana musim sejuk dan luruh yang tidak cukup sejuk.

Manakala Puncak Gunung Fuji yang tidak lagi diselaputi salji seperti kebiasaan kerana salji yang biasanya turun pada awal Oktober hanya mula muncul pada awal November tahun lalu, iaitu tempoh paling lama puncaknya tidak dilitupi salji dalam sejarah moden.

BACA JUGA:  Ratu Naga dibebaskan dengan jaminan polis
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...