Amaran ribut petir di Pulau Pinang, Perak dan Sarawak

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan tiga negeri pada petang ini susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda sehingga jam 3 petang.

Menerusi satu hantaran, MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk dijangka berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang.

“Selain itu, daerah Kerian di Perak juga berdepan hujan lebat dan angin kencang sehingga 3 petang ini,” katanya.

Di Sarawak, amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Bintulu (Bintulu dan Sebauh).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” jelasnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengambil langkah keselamatan sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa.

BACA JUGA:  Korban banjir monsun Pakistan cecah 400
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...