Tindakan Israel tingkat serangan di Gaza adalah ‘salah’ – PM Keir Starmer

LONDON – Perdana Menteri United Kingdom, Sir Keir Starmer, mengkritik keputusan Kabinet Keselamatan Israel untuk meningkatkan serangan ketenteraan di Gaza, dan menyifatkan tindakan itu sebagai ‘salah’ serta mendesak Israel supaya menimbang semula keputusan tersebut dengan segera.

Starmer dalam kenyataan media rasminya berkata bahawa tindakan itu tidak akan membantu menamatkan konflik atau menjamin pembebasan tebusan, sebaliknya hanya akan membawa lebih banyak pertumpahan darah.

Beliau turut menekankan bahawa krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing setiap hari, manakala tebusan yang ditahan oleh Hamas berada dalam keadaan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Starmer menyatakan bahawa apa yang diperlukan kini adalah gencatan senjata segera, peningkatan bantuan kemanusiaan ke Gaza, pembebasan semua tebusan oleh Hamas dan penyelesaian rundingan jangka panjang.

“Hamas tidak boleh memainkan sebarang peranan dalam masa depan Gaza. Mereka mesti berundur dan melucutkan senjata,” tegas beliau.

Perdana Menteri itu turut menegaskan komitmen UK bersama sekutu-sekutunya dalam membangunkan pelan jangka panjang bagi menjamin keamanan di rantau tersebut, sebagai sebahagian daripada penyelesaian dua negara (two-state solution) untuk rakyat Palestin dan Israel.

“Namun tanpa rundingan secara ikhlas dari kedua-dua pihak, harapan itu akan lenyap di depan mata kita.

“Mesej kami jelas, penyelesaian diplomatik adalah mungkin, tetapi kedua-dua pihak mesti berundur daripada jalan kehancuran,” tambahnya.

BACA JUGA:  WHO: Gaza menderita tanpa bantuan, kebuluran semakin ‘menggila’
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...

Pemandu van didakwa pandu melulu hingga ragut nyawa kanak-kanak mengaku tidak bersalah

BATU PAHAT - Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah...

Pelajar tingkatan empat maut disyaki terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

MUKAH - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang...