Agong selamat pulang selepas lawatan bersejarah ke Russia

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini selamat berangkat pulang ke tanah air selepas menamatkan lawatan negara selama lima hari ke Persekutuan Russia.

Menurut hantaran Istana Negara, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 6.30 pagi.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut oleh Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bersama Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, dan Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

Terdahulu, baginda berangkat ke Russia pada 5 Ogos lalu atas undangan Presiden Russia, Vladimir Putin. Lawatan ini mencatat sejarah tersendiri apabila Sultan Ibrahim menjadi Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan lawatan negara ke Russia sejak hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terjalin pada tahun 1967.

Lawatan ke Russia ini merupakan yang keempat bagi Seri Paduka Baginda sejak menggalas tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, selepas Singapura, China dan Brunei.

BACA JUGA:  Agong titah menteri sentiasa turun padang, dengar suara rakyat
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...