Remaja lelaki mengaku salah curi tiga baju ‘bundle’ bernilai RM260

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri tiga helai baju terpakai (bundle) bernilai RM260 di sebuah kedai pakaian, Sabtu lalu.

Pengakuan tersebut dibuat tertuduh yang merupakan pesalah muda selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal.

Mahkamah menetapkan 14 Oktober ini untuk mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta mendengar fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa mencuri tiga helai kemeja-T jenama ‘X-Large’ di sebuah kedai pakaian pada pukul 2.29 petang, 9 Ogos lalu. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurain Syafiqeen Mohd. Rozi, mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 sementara menunggu laporan JKM memandangkan tertuduh merupakan pesalah muda.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhamad Nur Aiman Toharudin, yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana anak guamnya tidak bekerja dan masih bujang.

“Tertuduh merupakan pesalah muda. Justeru, saya mohon mahkamah memberi jaminan yang rendah dan tidak bersifat hukuman,” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin.

BACA JUGA:  Dr Akmal Saleh mengaku tidak bersalah atas dakwaan timbul gusar awam
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...