TNB rekod tunggakan RM229 juta di Kelantan

KUALA LUMPUR – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mencatat tunggakan bil elektrik berjumlah kira-kira RM61 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) setakat 30 Jun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut beliau, rekod TNB menunjukkan terdapat 492,174 akaun di Kelantan yang mempunyai tunggakan bil, dengan jumlah keseluruhan hutang mencecah RM229 juta.

“Daripada jumlah itu, tunggakan tertinggi datang daripada pengguna domestik iaitu 411,780 akaun dengan jumlah RM114 juta, diikuti pengguna bukan domestik (komersial dan industri) sebanyak 80,196 akaun dengan jumlah RM53 juta. Manakala baki tunggakan adalah daripada AKSB melibatkan 198 akaun dengan jumlah RM61 juta,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Zahari Kechik (PN–Jeli) yang meminta penjelasan mengenai jumlah akaun pengguna di Kelantan yang masih mempunyai tunggakan bil TNB sejak tahun lalu hingga kini.

Fadillah turut memaklumkan bahawa jumlah tunggakan keseluruhan telah menurun berbanding 31 Disember tahun lalu, dengan penurunan direkodkan sebanyak RM4.33 juta.

Katanya, antara faktor penyumbang kepada masalah tersebut ialah kegagalan pemilik premis memindahkan akaun elektrik kepada penyewa, yang menyebabkan bil tertunggak terus meningkat, khususnya bagi kategori domestik.

BACA JUGA:  Operator kilang sarung tangan maut, mesin pengering meletup
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...