Putrajaya zon larangan dron sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025

PUTRAJAYA – Polis menegaskan kawasan Putrajaya diwartakan sebagai zon larangan dron sepanjang tempoh persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak menerbangkan dron tanpa kebenaran pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut.

“Larangan ini selaras dengan peruntukan Peraturan 143, Peraturan Penerbangan Awam 2016. Mereka yang melanggar arahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 206(3) peraturan sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang ingkar arahan berkenaan demi menjaga keselamatan awam serta kelancaran acara.

Dalam pada itu, katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dijadualkan melaksanakan tembakan meriam sempena sambutan berkenaan pada sesi raptai penuh dan acara rasmi.

Menurut beliau, raptai penuh akan berlangsung pada 29 Ogos bermula pukul 8 pagi di Lot 3C1, Presint 3 (tapak Bazar Ramadan Putrajaya) dengan dua das tembakan dilepaskan. Manakala pada hari acara 31 Ogos, sebanyak 14 das tembakan akan dilepaskan di lokasi sama.

“Penduduk di Putrajaya dan kawasan sekitar dinasihatkan supaya tidak panik atau cemas apabila mendengar bunyi tembakan meriam kerana ia merupakan sebahagian daripada acara rasmi sambutan Hari Kebangsaan,” jelasnya.

Aidi Sham turut menasihatkan orang ramai yang hadir ke sambutan supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Gunakan kemudahan pengangkutan alternatif yang disediakan penganjur seperti perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle bus) dan teksi air (water taxi) demi keselesaan serta menjimatkan masa perjalanan,” katanya.

BACA JUGA:  Lelaki tular buat aksi tak senonoh di KLIA2
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...