Penuntut kolej maut terjatuh 21 meter dari jejambat DASH

SHAH ALAM – Seorang penuntut kolej swasta maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sebelum terjatuh setinggi 21 meter dari jejambat susur Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang Yamaha 135LC datang dari arah Persiaran Mokhtar Dahari.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan jejambat.

“Ia kemudian menyebabkan mangsa terjatuh pada ketinggian 21 meter ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Iqbal, mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 012-2836851 atau balai polis berhampiran.

BACA JUGA:  Penuntut UMS ditemui maut di Dewan Canselor
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...