FAM sahkan Joehari letak jawatan, Yusoff sandang kerusi presiden sementara

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan peletakan jawatan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sebagai Presiden FAM, sekali gus menyaksikan Timbalan Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dilantik sebagai pemangku presiden berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan rasmi FAM, Mesyuarat Khas Kedua Penggal 2025-2029 telah diadakan di Wisma FAM bagi membincangkan notis peletakan jawatan Joehari yang dikemukakan minggu lalu.

“FAM dengan rasa berat hati mengesahkan bahawa Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub telah menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai Presiden FAM baru-baru ini.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Eksekutif FAM dipanggil untuk mengadakan Mesyuarat Khas Kedua Penggal 2025-2029 yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Haji Mahadi bagi membincangkan hal terbabit,” menurut kenyataan tersebut.

Jawatankuasa Eksekutif akhirnya menerima keputusan Joehari atas dasar menghormati hasrat beliau untuk berundur.

Berdasarkan Artikel 42 Perenggan 7 dalam Statut FAM, sekiranya jawatan Presiden kosong, Timbalan Presiden yang paling lama berkhidmat akan mengambil alih sebagai pemangku sehingga berlangsungnya kongres tahunan seterusnya.

“Pemilihan baharu hanya akan diadakan dalam Kongres Tahunan FAM tahun hadapan bagi memilih Presiden untuk baki tempoh penggal 2025-2029,” jelas kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, Joehari telah menyerahkan surat peletakan jawatan pada Jumaat lalu, malah bilik Presiden di Wisma FAM juga telah dikosongkan.

Joehari, yang sebelum ini Naib Presiden, dilantik sebagai Presiden kelapan FAM selepas menang tanpa bertanding pada Kongres Pemilihan Februari lalu, sekaligus menjadi individu pertama dari Sabah menerajui badan induk bola sepak negara.

Sementara itu, Yusoff kini memikul tanggungjawab sebagai pemangku Presiden FAM sehingga pemilihan baharu diadakan, sekali gus mengulangi sejarah 2018 apabila beliau turut memangku jawatan berkenaan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan kerusi tersebut.

BACA JUGA:  Isteri Faisal Halim fail cerai lepas enam tahun kahwin
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...