MRT jadi pilihan warga kota ke Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya

PUTRAJAYA – Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) kekal menjadi pilihan utama warga kota untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-68 di Dataran Putrajaya apabila stesen Putrajaya Sentral mula ‘diserbu’ ribuan rakyat seawal pukul 5 pagi tadi.

Tinjauan MYBERITA mendapati orang ramai memilih menggunakan perkhidmatan rel awam memandangkan ia lebih mudah, menjimatkan masa serta mengelakkan kesesakan jalan raya menuju ke pusat pentadbiran negara itu.

Selain MRT, kesemua perkhidmatan rel termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway turut beroperasi 24 jam sepanjang 30 dan 31 Ogos. Faktor ini jelas meningkatkan jumlah penumpang yang mahu ke Dataran Putrajaya bagi mengikuti perarakan Hari Kebangsaan.

Untuk kemudahan orang ramai, penumpang yang tiba di Putrajaya Sentral ditawarkan perkhidmatan bas perantara percuma menuju ke Presint 2. Rapid KL turut memperkenalkan perkhidmatan bas On-Demand (ROD) dengan penyediaan 96 bas percuma khas ke Dataran Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Amir Hamdan berkata, inisiatif operasi 24 jam ini diteruskan selepas kejayaan penganjuran pada tahun lalu.

“Bagi perkhidmatan bas, sebanyak 86 laluan dengan 235 buah bas akan beroperasi pada malam Ambang Merdeka, manakala jumlah itu ditingkatkan kepada 100 laluan melibatkan 308 buah bas esok. Selain itu, enam zon ROD dengan 20 van turut disediakan untuk keselesaan pengguna,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan bermula seawal pukul 7 pagi nanti dengan ketibaan pemimpin negara, diikuti keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Acara dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, lafaz ikrar Rukun Negara serta perarakan membabitkan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sejauh 2.1 kilometer.

BACA JUGA:  Presiden Xi Jinping selamat tiba di Malaysia untuk lawatan negara tiga hari

Sebanyak 14,010 peserta, 78 aset kenderaan, tujuh kereta berhias dan 116 helikopter serta pesawat dijadual menyemarakkan sambutan penuh warna-warni itu.

Anis Suraya
Anis Suraya
anis@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...