PUTRAJAYA â Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan pembinaan sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) khusus untuk murid autisme di setiap daerah menjelang tahun 2027 menerusi inisiatif âSatu Tabika Autisme, Satu Daerahâ.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif tersebut telah bermula dengan penubuhan tiga buah Tabika Autisme di Melaka pada tahun ini.
âMenjelang 2027, kita akan laksanakan satu Tabika Autisme di setiap daerah. Banyak lagi inisiatif sedang dirancang bagi memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak,â katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan KKDW di Putrajaya hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan KKDW menyasarkan peningkatan jumlah kemasukan pelajar ke Tabika Pra-Tahfiz KEMAS kepada 140,000 murid, berbanding 125,000 murid pada tahun ini.
âFokus utama adalah memperluaskan peranan Tabika KEMAS Pra-Tahfiz. Kini, terdapat 10,833 Tabika yang telah memulakan pembelajaran Juzuk 30 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun,â katanya.
Beliau menambah, guru-guru juga akan dihantar untuk mempelajari pendekatan pedagogi baharu bagi melaksanakan transformasi pendidikan KEMAS yang lebih berkesan.

