Zahid belum terima rayuan KJ berhubung pemecatan daripada UMNO

KUALA LUMPUR — Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau belum menerima sebarang surat rayuan daripada Khairy Jamaluddin berhubung pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu daripada UMNO pada tahun lalu.

Beliau memaklumkan perkara itu dalam jawapan ringkas ketika ditanya wartawan selepas menghadiri Sesi Dialog Belanjawan 2025 dalam Sesi Dialog Belanjawan 2026 yang dianjurkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) secara tertutup, hari ini.

“Belum, saya belum terima lagi,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai khabar angin kononnya pihak UMNO sudah menerima surat rayuan pemecatan daripada Khairy.

Terdahulu, timbul desas-desus mendakwa surat rayuan itu telah dihantar oleh pegawai Khairy baru-baru ini.

Khairy, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, dipecat keahliannya daripada parti pada Januari 2023 bersama Tan Sri Noh Omar.

Sementara itu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut menggantung keahlian Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta tiga lagi pemimpin parti selama enam tahun.

Pemecatan Khairy dan Noh dikaitkan dengan dakwaan sabotaj terhadap parti ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

BACA JUGA:  Rafizi nafi kaitkan Ismail Sabri, KJ dalam kes serangan anaknya
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...