Sabtu | 10/10/2026 | 6:27:54 am
HomeNasionalPolis sahkah wanita cuba dekati Sultan Nazrin dirujuk ke Hospital Bahagia

Polis sahkah wanita cuba dekati Sultan Nazrin dirujuk ke Hospital Bahagia

Ipoh – Wanita tempatan yang cuba menghampiri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada 31 Ogos lalu, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, untuk pemantauan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, wanita berusia 41 tahun itu dihantar ke hospital berkenaan mengikut peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) selepas tempoh remannya tamat hari ini.

“Siasatan kes ini telah selesai dan kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak. Ia juga akan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara di Putrajaya pada 4 September untuk arahan serta keputusan lanjut.

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|