Tular isu bendera Palestin, Suria KLCC tegaskan larangan kayu panjang adalah prosedur

KUALA LUMPUR – Pengurusan Suria KLCC pada Ahad menjelaskan mengenai video tular di media sosial yang memaparkan interaksi antara anggota keselamatan pusat beli-belah itu dengan seorang pengunjung yang membawa sebatang kayu panjang di salah satu pintu masuk.

Dalam kenyataan rasmi, pihak pengurusan memaklumkan insiden itu berlaku apabila pengunjung berkenaan diminta untuk tidak membawa masuk kayu panjang ke dalam pusat beli-belah, selaras dengan prosedur keselamatan sedia ada.

“Larangan ini adalah sebahagian daripada langkah keselamatan standard yang dikenakan kepada semua pengunjung. Kami ingin menegaskan bahawa tindakan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pendirian politik,” kata kenyataan itu.

Menurut pengurusan Suria KLCC, keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan, dan pihaknya menghargai kerjasama serta pemahaman orang ramai dalam usaha mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan aktivis politik Tian Chua bertengkar dengan pengawal keselamatan di pusat beli-belah berkenaan.

Dalam video tersebut, kedengaran suara mendakwa beliau dilayan tidak adil kerana membawa tiang bendera dengan bendera Palestin ke dalam premis.

BACA JUGA:  75,000 penumpang dijangka guna perkhidmatan feri sepanjang LIMA’25
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...