Naim Daniel syukur masih mampu berkarya walau berdepan pendakwaan

PUTRAJAYA – Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mengakui bukan mudah untuk berdepan dengan pendakwaan di mahkamah, namun bersyukur masih diberi ruang untuk terus berkarya dalam industri seni.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, berkata, dugaan yang dilaluinya ketika ini menjadikan dirinya lebih matang dalam menghadapi kehidupan pada masa hadapan.

“Ia bukan satu perjalanan mudah dan menuntut banyak perkara. Ini juga satu cara untuk Naim jadi lebih matang pada masa hadapan. Hidup perlu diteruskan, jadi saya perlu terus membuat diri sibuk dengan benda yang berfaedah,” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Keadilan, di sini, Jumaat ini.

Pelantun lagu Sumpah itu hadir seawal jam 6 pagi bagi menghadiri prosiding mahkamah dan meluahkan rasa syukur kerana proses berjalan lancar.

Menurutnya, fokus kini diberikan sepenuhnya kepada kerjaya seni termasuk proses rakaman lagu baharu yang dijangka dilancarkan pada penghujung bulan ini.

“Naim nak pastikan dikelilingi insan tersayang, kena pastikan kekal sihat kerana jika Naim sendiri tak sihat, macam mana nak jalani hari dengan baik. Jadi, tidur mesti cukup dan perlu terus dapat inspirasi untuk menulis lagu,” ujarnya.

Pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun 7 bulan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

BACA JUGA:  \"Saya pun naik darah banyak orang ceroboh tanah...\" - Al-Sultan Abdullah
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...