Saksi dedah ‘Pelajar A’ bermalam di rumah Zara Qairina empat hari sebelum kejadian

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini dimaklumkan bahawa seorang remaja dikenali sebagai Pelajar A pernah bermalam di rumah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, empat hari sebelum pelajar Tingkatan Satu itu ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama.

Perkara tersebut diberitahu ibu Zara, Noraidah Lamat, kepada Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, ketika bertemu di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth pada 16 Julai lalu.

“Semasa di Unit Kecemasan, ibu Zara ada memaklumkan bahawa Zara kelihatan ceria di rumah dan suka menulis. Pelajar A dikatakan kawan baik Zara, tahu tentang dirinya dari A hingga Z.

“Pada 12 Julai, semasa sekolah mengadakan gotong-royong PIBG, Pelajar A mengikut Zara pulang ke Sipitang. Mungkin sebab itu ibu Zara menganggap mereka sangat rapat,” kata Azhari yang merupakan saksi kelapan prosiding inkues yang memasuki hari ke-10 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili Pelajar A.

Untuk rekod, Pelajar A merupakan antara lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos lalu atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarham.

Prosiding inkues akan bersambung pada Isnin depan di hadapan Koroner Amir Shah Hassan.

BACA JUGA:  Peguam harap JSJ Bukit Aman bongkar punca kematian Zara Qairina
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...