PSA terima 1,010 pelajar baharu, catat peningkatan pendaftaran hampir 104 peratus

PSA terima 1,010 pelajar baharu, catat peningkatan pendaftaran hampir 104 peratus
Pengarah PSA, Zainah binti Rujihan berkata, jumlah itu dijangka terus meningkat dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang berikutan penerimaan pelajar rayuan yang masih berjalan. - Foto Fendy
KONGSI

SHAH ALAM – Seramai 1,010 pelajar baharu telah mendaftar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bagi sesi pengajian baharu, mencatat peningkatan ketara hampir 1.04 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah PSA, Zainah binti Rujihan berkata, jumlah itu dijangka terus meningkat dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang berikutan penerimaan pelajar rayuan yang masih berjalan.

“Kita jangkakan nanti pendaftaran pelajar baharu akan melebihi 104%. Ini menunjukkan semakin ramai lepasan SPM berminat menyambung pengajian di politeknik. Ia satu peningkatan yang sangat ketara,” katanya semasa ditemui pada Majlis Penerimaan Pelajar Baharu di kampus PSA hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN