Kamal Adli akui gementar hadapi prosiding cerai, masih mahu pertahankan rumah tangga

KUALA LUMPUR – Pelakon popular Kamal Adli tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan rumah tangga bersama isterinya, Uqasha Senrose, meskipun mengakui berdepan debaran sebelum prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Dalam nada sebak, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata beliau tidak menyangka masalah rumah tangga yang dihadapi akan berakhir di mahkamah.

“Saya memang tak okey (sepanjang tempoh ini), tapi cuba juga untuk kuat. Tak sangka sampai ke tahap ini. Saya sangat sayang sebenarnya,” katanya ketika ditemui media.

Tambah pelakon drama Dia Imamku itu, kehadirannya ke mahkamah bukan untuk bertelingkah, sebaliknya bagi mencari jalan mendamaikan hubungan mereka.

“Saya datang dengan niat baik, untuk selamatkan perkahwinan. Benda ini bukan sesuatu yang menggembirakan saya. Saya datang sebagai suami dan ayah, menjalankan tanggungjawab saya,” ujarnya.

Kamal turut mendedahkan bahawa beliau berdepan kesukaran berhubung dengan isterinya sejak talian telefonnya disekat lebih sebulan lalu dan kini hanya berkomunikasi melalui peguam.

“Saya disekat sejak 27 September lalu, jadi semua urusan hanya melalui peguam. Macam zaman dulu, surat-menyurat saja. Kalau susah sangat, mungkin lepas ni saya hantar pakai burung,” katanya.

Sebelum ini, spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti itu terjawab selepas Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Kamal dan Uqasha sah bergelar suami isteri pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

BACA JUGA:  "Siapa berani sentuh sahabat saya?" - Fazura
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...