Albert Tei mengaku tidak bersalah empat tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Albert Tei mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memberi rasuah kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, 37, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Menurut pertuduhan, Albert didakwa memberikan suapan wang tunai berjumlah RM140,000, selain kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 kepada Shamsul Iskandar.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai dorongan untuk membantu syarikat miliknya mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun perkara itu tidak ada kaitan dengan urusan rasmi prinsipal.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur dan Presint 14, Putrajaya, antara 24 November 2023 hingga 5 Mac 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Albert diikat jamin RM70,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan termasuk melapor diri di pejabat SPRM sekali sebulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Januari ini.

BACA JUGA:  Man Senoi tak halalkan 4U2C \'perform\' guna 25 lagu tanpa izin
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...