Lelaki tersilap tekan pedal minyak, dua kereta remuk

PUCHONG – Tindakan seorang lelaki tersilap menekan pedal minyak ketika hendak meletakkan kenderaannya mengakibatkan dua buah kereta remuk di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Puchong Indah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 28 Disember lalu, melibatkan sebuah Proton Persona, Perodua Myvi dan Peugeot.

“Hasil siasatan mendapati pemandu Proton Persona berusia 40 tahun secara tidak sengaja menekan minyak ketika hendak meletakkan kenderaan sebelum melanggar sebuah Perodua Myvi. Dalam keadaan panik, pemandu terbabit turut terlanggar sebuah Peugeot sebelum kenderaannya berhenti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua pemandu yang terlibat telah hadir membuat laporan polis, manakala pemandu Proton Persona berbuat demikian selepas menerima rawatan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-301 2621.

Terdahulu, kejadian ini menjadi tular di aplikasi Facebook apabila video menunjukkan sebuah kereta melanggar beberapa kenderaan di Puchong.

BACA JUGA:  Lelaki ragut rantai emas RM11,000 diburu polis
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...