NSFC gagal curi mata, JDT terus kebal dengan gol saat akhir

SEREMBAN – Harapan Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk muncul sebagai kelab pertama mencuri mata ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini tidak kesampaian apabila tewas tipis 0-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Dalam perlawanan penuh dramatik itu, skuad Harimau Selatan hampir terikat keputusan seri selepas beberapa peluang keemasan yang dicipta sepanjang 90 minit permainan gagal disudahkan dengan sempurna.

NSFC pula mempamerkan disiplin pertahanan tinggi dan berjaya mengekang asakan bertali arus JDT, sekali gus mengheret perlawanan ke masa kecederaan.

Namun, usaha tanpa henti pasukan pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian, Manuel Hidalgo muncul wira dengan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-98 hasil umpanan tepat Oscar Arribas.

Keputusan tersebut menyaksikan rekod kebal JDT musim ini terus dipertahankan dengan 14 kemenangan berturut-turut, sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super dengan kutipan 42 mata.

Sementara itu, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, misi Kuala Lumpur City FC (KL City) untuk mengekalkan momentum positif tidak kesampaian selepas diikat seri 1-1 oleh Sabah FC.

Gol skuad Warga Kota dijaringkan oleh Safawi Rasid pada minit ke-50, namun tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyudah Ajdan Mujagic pada minit ke-67 untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.

BACA JUGA:  JDT terus gah, rangkul piala Malaysia dan sapu bersih semua gelaran
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...