Khamis | 08/10/2026 | 3:06:27 pm
HomeMahkamahReka semula tragedi Zara Qairina, jatuhan patung tanpa tolakan lebih tepat

Reka semula tragedi Zara Qairina, jatuhan patung tanpa tolakan lebih tepat

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner di sini hari ini ditunjukkan dua rakaman video simulasi menggunakan patung bagi menggambarkan insiden pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar.

Rakaman itu dipaparkan selepas pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah D10 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, Inspektor Maidon Bernados, membacakan kenyataan bertulis hasil pemeriksaan dan simulasi yang dijalankan di lokasi kejadian.

Menurut beliau, simulasi dilakukan sekitar jam 3 pagi pada 3 Ogos lalu bersama pasukannya bagi membina semula kejadian untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden berkenaan.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|