Malek Razak dilantik Panglima Angkatan Tentera berkuat kuasa 1 Februari

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) baharu berkuat kuasa 1 Februari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut beliau, pelantikan Panglima Angkatan Tentera baharu itu turut melibatkan kenaikan pangkat Malek Razak ke pangkat Jeneral.

“Pelantikan ini dibuat selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari 2026 dan seterusnya telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, berdasarkan pengalaman luas serta kredibiliti yang dimiliki, Kementerian Pertahanan yakin pelantikan tersebut mampu memperkukuh kepimpinan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran pertahanan negara yang semakin kompleks.

Beliau turut menegaskan bahawa kepimpinan Malek Razak diyakini dapat memulihkan dan memperkukuh wibawa ATM menerusi pendekatan yang berteraskan integriti dan profesionalisme, sekali gus mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara.

Sebagai rekod, Malek Razak memiliki Diploma Strategik dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Master of Arts in Defence Studies dari King’s College London serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari UKM.

Perkhidmatan beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia bermula pada tahun 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst, United Kingdom sebelum ditauliahkan pada 11 Disember 1987 dengan pangkat Leftenan Muda.

Sepanjang hampir 40 tahun perkhidmatan, beliau telah mempamerkan kebolehan, keupayaan serta kepimpinan yang cemerlang. Kerjayanya bermula sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum berkhidmat di pelbagai pasukan dan memegang pelbagai jawatan penting di peringkat pemerintah dan staf.

BACA JUGA:  Agong berkenan kurnia surat cara pelantikan kepada tiga hakim
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...