Kerajaan beri amaran elak gangguan keselamatan sepanjang lawatan pemimpin asing

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi peringatan keras kepada mana-mana pihak supaya tidak mencetuskan sebarang bentuk gangguan keselamatan, khususnya sepanjang lawatan rasmi pemimpin negara asing ke Malaysia dalam masa terdekat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendirian tegas itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Menurutnya, Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan awam serta keselamatan tetamu negara.

“Perdana Menteri membuat satu keputusan dan pendirian jelas kerajaan adalah untuk tidak mengizinkan mana-mana pihak mencetuskan sebarang bentuk gangguan keselamatan, terutama sewaktu negara akan menerima tetamu dalam masa terdekat.

“Langkah tegas akan diambil bagi memastikan dan menjamin keselamatan awam serta tetamu negara sentiasa terpelihara,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, Fahmi tidak mendedahkan identiti pemimpin asing yang bakal mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia buat masa ini.

Namun, kenyataan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi yang dijadual berlangsung pada hujung minggu ini.

Terdahulu, Modi dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 7 hingga 8 Februari ini atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lawatan berkenaan merupakan lawatan balas susulan kunjungan rasmi Anwar ke India pada Ogos 2024, yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Mengikut jadual, Modi akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya sebelum mengadakan mesyuarat dua hala bersama Anwar di Kompleks Sri Perdana.

BACA JUGA:  UMPSA siasat pelajar sentuh isu 3R
Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...