Selasa, 7 Julai 2026
spot_img
Gaya Hidup "Daripada dua hati jadi tiga", Eyka Farhana umum hamil anak sulung

[VIDEO] “Daripada dua hati jadi tiga”, Eyka Farhana umum hamil anak sulung

KUALA LUMPUR – Khabar gembira dikongsikan oleh pelakon popular Eyka Farhana apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata pertama bersama suami tercinta, pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.

Perkongsian itu dibuat Eyka menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya pada Sabtu, sekali gus mencuri perhatian peminat dan rakan selebriti.

“Daripada dua hati menjadi tiga, Masya-Allah Tabarakallah, anugerah terbesar kami sedang dalam perjalanan,” tulisnya dalam kapsyen hantaran berkenaan.

Dalam perkongsian sama, Eyka turut memuat naik sebuah video memaparkan dirinya bersama Akhyar menjalani sesi fotografi di tepi pantai sebagai simbolik pengumuman berita gembira itu.

Menerusi video tersebut, Eyka yang mengenakan busana rona putih jelas kelihatan mempamerkan baby bump, selain turut berkongsi foto imbasan (scan) bayi mereka.

Untuk rekod, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid telah mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2024 dan kini hampir dua tahun bergelar suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-