Isu konsert Ella: Penganjur akui silap, rancang imbuhan pemegang tiket ‘bronze’

KUALA LUMPUR – Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Februari 2026 berjaya memukau ramai peminat namun turut mencetuskan kontroversi selepas beberapa penonton meluahkan kekecewaan terhadap kualiti sistem bunyi di aras tiga stadium tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, kecaman netizen di platform media sosial, terutamanya aplikasi Threads, membandingkan kualiti bunyi konsert berkenaan seperti “pembesar suara sekolah”, dengan ramai penonton terutama pemegang tiket kategori Bronze mendakwa tidak dapat mendengar persembahan dengan jelas sepanjang acara berlangsung. Rata-rata luahan tersebut mendapat perhatian ramai di media sosial selepas konsert tamat.

Menurut kenyataan media bersama oleh Hitman Solutions, Rockqueen dan Digital Aid Sdn. Bhd., pihak penganjur serius meneliti aduan yang tular itu.

Satu mesyuarat teknikal diadakan pada petang tadi bersama pihak Perbadanan Stadium Malaysia, pengurusan Ella, pembekal sistem bunyi (Digital Aid) dan pasukan teknikal yang terlibat bagi menyiasat punca kejadian.

Pihak penganjur memaklumkan bahawa sebaik menerima aduan daripada penonton di tingkat tiga pada malam konsert, pasukan teknikal vendor telah bergegas ke bilik SRS yang menempatkan kawalan sistem bunyi stadium di tingkat dua dan mendapati sistem berkenaan telah ditukar format tetapannya kepada tetapan “Default”, bukannya konfigurasi yang telah ditetapkan semasa sesi raptai.

Walaubagaimanapun, pasukan teknikal berjaya menyelesaikan isu bunyi itu sekitar jam 9:50 malam pada hari yang sama, sekali gus membolehkan persembahan diteruskan tanpa gangguan lanjut.

Pihak penganjur juga memaklumkan bahawa mereka memandang serius terhadap perkara ini dan telah membuat satu laporan polis hari ini jam 5:26 petang untuk membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

BACA JUGA:  ‘Tak Balik Raya’ curi perhatian, lagu raya wajib tahun ini?

Dalam pada itu, penganjur turut memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan kejadian tersebut dan sedang berbincang untuk memberikan imbuhan yang bersesuaian kepada pemegang tiket kategori Bronze sebagai penghormatan atas pengalaman yang kurang memuaskan.

Konsert itu, yang menampilkan ikon rock negara, telah menarik ribuan peminat dan tetap disifatkan sebagai malam bersejarah dalam karier artis berkenaan.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...