Sir Badang masuk kerja walaupun cuti, demi seminar percuma untuk anak-anak murid

SHAH ALAM – Pencipta kandungan terkenal, Sir Badang, melakar sejarah tersendiri selepas dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2025 pada malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2025 yang berlangsung meriah di MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Sir Badang atau nama sebenar Syanhir Andy, mendedahkan beliau akan menghadiahkan seminar percuma selama empat hingga lima jam khas untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM. Seminar itu akan merangkumi subjek ekonomi, perniagaan, matematik dan tambahan matematik.

“Esok, walaupun patutnya cuti, saya dan pasukan masuk sekejap untuk memberi balik kepada komuniti dan anak-anak murid kami semua. Ini adalah sebagai hadiah khas daripada kami,” jelasnya.

Selain itu, Sir Badang turut berkongsi momen peribadi yang menyentuh hati, apabila beliau membawa tasbih pemberian arwah ibunya yang meninggal dunia pada bulan September tahun lepas.

“Alhamdulillah, saya berada bersamanya sehingga nafas terakhirnya. Mama bangga dengan saya, walaupun kadang-kadang saya sendiri tertanya-tanya, adakah saya cukup baik. Namun, saya yakin dia gembira dengan saya,” ujarnya.

Sir Badang berkata, tasbih tersebut menjadi simbol semangat dan motivasi beliau dalam meneruskan usaha mendidik dan memberi inspirasi kepada ramai orang melalui platform digital.

Kemenangan tersebut menewaskan sembilan calon lain termasuk Adalyna, Dr Frank, Dr Izzar Anwari, Emir Haqim, Hafiz Baharuddin, Ms Marza, Reina Lum, Space Dollah dan Zulkifli Ismail.

Kategori ini menilai personaliti berbakat yang mencipta kandungan inspirasi dan motivasi dalam bidang pendidikan, kesihatan, kewangan, undang-undang dan kehidupan, dengan syarat mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 pengikut merentasi semua platform digital.

BACA JUGA:  [VIDEO] Aiman Ikhwan pecah rekod 100m, lakar rekod baharu MSSM
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...