KUALA LUMPUR – Personaliti masakan popular, Khairul Aming atau lebih mesra dikenali sebagai KA, sekali lagi menjadi perhatian warganet, tetapi kali ini bukan kerana resipi baharu tetapi satu hantaran di Threads mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminatnya.
Hantaran kapsyen pempengaruh terkenal itu memaparkan emoji berbentuk hati dan cincin, menimbulkan tanda tanya sama ada dirinya sudah berpunya.
View on Threads
KA turut menyisipkan lagu Love Me Like You nyanyian Little Mix diiringi beberapa barisan emoji lambang hati dan memuat naik gambar dirinya dengan gaya jari membentuk simbol hati.
“Alhamdulillah,” tulis KA ringkas di Threads.
Dalam video yang sama, KA sempat berseloroh kepada ‘murid-murid’ yang mengikuti resipinya.
“Korang buat apa kat sini? Resipi semalam dah buat ke belum? Dah lama kena hantar kan, kenapa tak buat lagi?” selorohnya, yang menambahkan lagi elemen mesra dan santai dalam hantaran itu.

Video dan kapsyen ringkas tersebut mengundang warganet membuat pelbagai andaian, termasuk kemungkinan KA sedang ‘soft launch’ seseorang yang istimewa dalam hidupnya.
Ramai yang menunggu pengumuman rasmi sambil berseloroh di ruangan komen.
Situasi ini menjadikan nama Khairul Aming trending sekali lagi, tetapi kali ini bukan kerana dunia masakan, sebaliknya kerana kisah peribadi yang jarang dikongsikan kepada umum.

