“We won the battles, but we have not won the war yet.
“Kemenangan diraih hari ini tidak pernah menjamin kemenangan kita untuk Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya ketika menyampaikan laporan sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2026, di sini.
Menurut Hafiz, Pemuda UMNO perlu memainkan peranan memimpin apa yang disifatkannya sebagai “Era Kebangkitan” dengan memastikan momentum kemenangan tidak terhenti selepas pilihan raya negeri.
Beliau berkata, jentera Pemuda perlu mempunyai kefahaman mengenai medan politik, mengenali pengundi serta berani mengakui kelemahan sendiri sebelum berhadapan pilihan raya seterusnya.
“Kita juga mesti berani mengenal pasti dan mengakui kelemahan kita. Baiki kelemahan kita secepat mungkin, jangan berdolak-dalih,” katanya.
Sebagai persediaan, Pemuda UMNO telah menggerakkan MyUMNO sejak Januari lalu serta memperkukuh pasukan ‘war room’ pada pelbagai peringkat.
Taklimat persediaan pilihan raya turut dilaksanakan di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, selain satu program retreat berimpak dirancang bagi menggembleng kekuatan organisasi Pemuda.
Hafiz turut menegaskan matlamat akhirnya adalah mendapatkan kepercayaan rakyat supaya parti memperoleh mandat untuk menggubal polisi dan dasar serta melaksanakan agenda rakyat dan Bumiputera. – MYBERITA









