Tangisan bayi iringi nahas ngeri

BATU PAHAT – Dua termasuk seorang bayi perempuan berusia 10 bulan parah selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Kluang–Batu Pahat, berhampiran kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.40 pagi itu dipercayai berpunca daripada tayar pecah sehingga menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun bersama dua penumpang iaitu isterinya berusia 41 tahun serta bayi perempuan mereka.

“Kemalangan berlaku apabila tayar kereta yang dinaiki pecah lalu terbabas dan terbalik. Pemandu cedera di tangan kiri manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala. Kedua-duanya dirawat di zon kuning Hospital Sultanah Nora Ismail, manakala bayi perempuan itu dirawat di zon merah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, dua rakaman video kejadian itu tular di media sosial dengan kedengaran suara seorang kanak-kanak menangis. Menerusi video berkenaan, kelihatan api marak berhampiran kenderaan yang dinaiki tiga beranak itu sebelum orang awam bertindak pantas membantu memadamkannya.

Beberapa pengguna jalan raya turut dilihat bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang remuk teruk.

BACA JUGA:  Anwar tiba di Rom, lawatan tiga hari bermula
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...