Ahad, 9 Ogos 2026
IKLAN PTPTN

Cabutan Prime Bonanza

Simpan SSPN Prime & rebut hadiah menarik.

Sertai →
HiburanQilo, Aliff Kimiey akur tersingkir, enam peserta mara ke pentas 'finale' Big...

Qilo, Aliff Kimiey akur tersingkir, enam peserta mara ke pentas ‘finale’ Big Stage Rocketfuel

SHAH ALAM – Impian Qilo dan Aliff Kimiey untuk melangkah ke pentas akhir Big Stage Rocketfuel tidak kesampaian apabila kedua-duanya tersingkir pada konsert minggu separuh akhir, malam tadi.

Penentuan itu sekali gus menyaksikan persaingan merebut Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 kini hanya berbaki enam peserta.

Pada konsert bertemakan lagu tradisional itu, Qilo dan Aliff Kimiey gagal meyakinkan barisan juri selepas masing-masing mencatat markah keseluruhan yang tidak mencukupi untuk membawa mereka ke pentas final.

Sementara itu, Danial Kifli mencuri tumpuan apabila diumumkan sebagai peserta pertama yang mengesahkan tempat ke pentas akhir menerusi Priority Pass uMobile.

Turut mengiringi Danial ke pentas akhir ialah Ranisha, Hussain, Adam & Nazmie, Yad-Z dan Danny, sekali gus melengkapkan barisan enam finalis yang bakal bertarung bagi menentukan juara musim ini.

Dalam perkembangan sama, populariti Hussain terus menjadi perhatian apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Rocketstar of The Week selepas meraih undian dalam talian tertinggi. Sebelum ini, Hussain juga beberapa kali mengungguli undian peminat sepanjang saingan. 

Lebih menarik, kejayaan mara ke final itu memberi peluang kepada enam peserta berkenaan untuk merebut pakej pembangunan artis yang merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya profesional. 

Program kendalian Nabil Ahmad dan Azeva itu kini memasuki kemuncak saingan dengan enam finalis bakal memberikan persembahan terbaik dalam usaha bergelar juara Big Stage Rocketfuel musim ini.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-