Pemain ragbi Sukma putus kaki kanan sempat pujuk ibu minta izin sertai cabaran ‘Moreh’ sebelum nahas

KUALA KRAI – Pelatih dan pemain ragbi Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Sayyid Iskandar Mohamad Azaha, 20, mengalami kecederaan serius apabila kaki kanannya putus selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Bechah Salak, Jalan Batu Balai–Chuchoh Puteri, malam Sabtu.

Kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam, sehari selepas dia sempat memujuk ibunya untuk membenarkan penyertaannya dalam Cabaran ‘Moreh’ Tujuh Sebelah yang akan berlangsung Jumaat dan Sabtu ini.

Adiknya, Nurul Asyiqin, 18, berkata abang mereka sempat bermain dengan adik bongsu sebelum keluar moreh bersama rakan-rakannya, walaupun ibunya, Nik Zurinawati Yusuf, 46, pada awalnya tidak membenarkan kerana bulan Ramadan.

“Sejam sebelum kejadian, abang sempat memujuk ibu kerana dia teringin sangat untuk menyertai cabaran tersebut,” kata Nurul Asyiqin. “Pada hari itu, kebetulan abang tidak ke masjid menunaikan tarawih seperti biasa.”

Menurutnya, semasa kejadian, kereta yang terbabit dikatakan memotong ketika motosikal abang berada di bukit dan berada paling belakang, menyebabkan pertembungan tidak dapat dielakkan.

Keluarga yang tinggal di Bukit Acheh, Kampung Tengah, segera bergegas ke lokasi, di mana ibu mangsa, yang merupakan jururawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), memberikan pertolongan awal. Sayyid Iskandar dibawa ke hospital dan dimasukkan ke bilik bedah dari jam 11 malam hingga 5 pagi.

“Ibu dan ayah masih bersedih kerana abang adalah anak lelaki sulung dan harapan keluarga,” katanya.

Nurul Asyiqin menambah, ayahnya, Mohamad Azaha Ismail, 53, mengambil masa dua jam untuk mencari kaki mangsa yang terputus, namun ia sukar disambung semula kerana cedera bermula dari pinggul ke bawah. – MYBERITA

BACA JUGA:  Motosikal hilang kawalan, remaja maut ibu parah
Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...