Solat dhuha bertukar detik cemas, lelaki buat aksi lucah

SEGAMAT – Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki yang berkelakuan lucah dalam keadaan separuh bogel ketika sedang menunaikan solat dhuha di sebuah masjid di Bukit Siput di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 6.29 petang daripada wanita tempatan berusia lingkungan 40 tahun berhubung kejadian tersebut.

Katanya, ketika kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi, mangsa sedang menunaikan solat dhuha sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

“Suspek berada dalam keadaan separuh bogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang mangsa.

“Bimbang akan keselamatan diri, mangsa kemudian bertindak melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian berjaya merakam perbuatan suspek.

Menurutnya, suspek disyaki seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30 tahun, berbadan kurus dan berkulit cerah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian hotline 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran. -MYBERITA

BACA JUGA:  Remaja dipenjara sebulan, denda RM5,000 buang bayi
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...