Mia Azhar kongsi gembira miliki ‘baby’ baru tahun ni

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Mia Azhar, berkongsi kegembiraannya selepas memiliki sebuah kereta baharu jenis BMW iX2 yang dianggarkan bernilai hampir RM300,000.

Mia berkata, kereta baru itu diharap akan menjadi asbab dalam mencari rezeki dan mendatangkan lebih banyak kebaikan dalam hidup selepas ini.

“Alhamdulillah Allahumma Barik, MasyaAllah Tabarakallah… Unlocking new baby this year. Semalam kita settle hadiahkan kereta untuk pengguna Twinkle, hari ni kita reward diri sendiri atas segala usaha & kerja keras. Terima kasih ya Allah untuk segala nikmat” katanya.

Mia, yang terkenal dengan konten gaya hidup, fesyen dan inspirasi belia, juga merupakan ikon wanita Malaysia Vibe Fest Half Marathon 2025. Beliau juga aktif di TikTok serta pernah berkolaborasi dengan jenama YAYA Empire, khususnya bagi produk YAYA Perfume.

Pengikut dan rakan artis tidak ketinggalan memberikan komen, termasuk penyanyi Afieq Shazwan dan Auntie Purple.

Pengikut Mia memuji cara beliau berkongsi kejayaan dengan mesej positif, serta perkongsian gaya hidup dan fesyen yang ringkas tetapi elegan.

BACA JUGA:  \"Kepala dipijak demi cinta\", Meerqeen pernah jadi mangsa hubungan toksik
Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

Seni tempatan tembusi istana Brunei

KUALA LUMPUR – Seorang pelukis Malaysia, Muhammad Darwisy Mustafani,...

Kecurian kabel jejaskan laluan Putrajaya, perkhidmatan baik pulih berperingkat dalam tiga hari

KUALA LUMPUR - Kerja baik pulih perkhidmatan tren yang...

Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN - Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan...

Orang ramai boleh tengok fenomena ‘bulan berdarah’ petang ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena alam...

Pelajar UMPSA didakwa pijak al-Quran mengaku tak salah

KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah...