Aqil Zulkiflee raikan raya dengan Alphard baru, sambut ulang tahun ke-6 Ayana

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Aqil Zulkiflee, berkongsi kegembiraannya selepas berjaya memiliki sebuah kereta mewah Toyota Alphard Executive Lounge.

Menerusi hantaran di Instagram, Aqil mengucapkan kesyukuran kerana dapat memandu kereta baru itu sempena sambutan Hari Raya tahun ini.

Dalam posting sama, Aqil turut menzahirkan ucapan hari lahir kepada anak perempuannya, Ayana Aqila, yang kini berusia enam tahun.

“Alhamdulilah dapat jugak beli Alphard Executive Lounge 2026. Happy birthday Ayana Aqila yang ke-6 bulan. Terima kasih sebab selalu teman papa sahur, meniaga, so tahun ni kita balik raya naik kereta baru yayyy. Nombor plate K sebab KAKUNG,” tulisnya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian pengikutnya, yang turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Aqil dan ucapan hari lahir buat Ayana Aqila.

Kereta mewah ini dijangka menjadi kenderaan rasmi keluarga Aqil untuk perjalanan balik kampung dan keperluan harian, menambah kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini. – MYBERITA

BACA JUGA:  Dua wanita Malaysia ‘join’ Running Man, bantu selesaikan misi secara spontan
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...