‘Saya tak pandai… tak layak ada kawan, muka macam lelaki… suara tak sedap’, luah seorang murid kepada gurunya

KUALA LUMPUR – Satu perkongsian video oleh seorang guru di media sosial mencuri perhatian ramai apabila memaparkan perbualan menyentuh hati antara beliau dan seorang murid yang meluahkan rasa tidak yakin terhadap dirinya sendiri.

Video tersebut dikongsikan oleh Tasha Manshahar menerusi akaun di TikTok. Rakaman itu pada asalnya dibuat secara santai ketika guru berkenaan sedang menanda buku sambil menunggu murid-murid menyiapkan tugasan di dalam kelas.

Menurut Tasha, rakaman tersebut berlaku secara tidak sengaja apabila seorang murid datang kepadanya dan meluahkan perasaan bahawa dia merasakan dirinya tidak pandai serta tidak layak mempunyai kawan.

@iamtashamanshahar Asalnya I saja-saja record video sendiri tengah tanda buku sambil tunggu murid-murid siapkan tugasan. Tiba-tiba ada murid datang mengadu yang this girl cakap dia tak layak ada kawan. Kita pulak taktahu boleh dengar benda macam ni. So terakamlah conversation ni. Hopefully ada kebaikan daripada perkongsian ni. Jangan taktahu, bukan adults je ada rasa insecure. Kids nowadays are already developing insecurities at such a young age because of many factors. Ini biasa je sebenarnya. Tanyalah mana-mana cikgu, we’ve seen worse than this. Some lessons aren’t from books. Sometimes it’s just reminding a child that they are capable and loved. #teacherslife ♬ slow piano music(1297827) – syummacha

Dalam perbualan itu, murid berkenaan turut menyatakan bahawa dia sering lambat menyiapkan kerja sekolah. Malah, dia juga berasa rendah diri terhadap penampilannya sendiri.

“Muka saya macam lelaki, suara saya tak sedap,” luah murid tersebut.

Mendengar kata-kata itu, Tasha dilihat cuba menenangkan murid berkenaan dengan memberikan kata-kata semangat serta nasihat yang membina.

Menurutnya, tidak ada manusia yang benar-benar tidak pandai, sebaliknya seseorang itu mungkin hanya belum menguasai sesuatu perkara kerana belum belajar dengan secukupnya.

BACA JUGA:  Pengetua tadika didenda RM2,000 kerana pulas telinga murid

“Sebenarnya tak ada orang tak pandai. Yang ada cuma orang yang belum pandai kerana belum belajar. Bila kita rajin dan terus belajar, lama-lama kita akan pandai,” jelasnya kepada murid tersebut.

Tambahnya lagi, setiap individu dicipta dengan sempurna oleh Allah dan setiap anak merupakan kebanggaan kepada ibu bapa mereka.

Dalam masa sama, Tasha turut meyakinkan murid tersebut bahawa ramai rakan sekelas sebenarnya ingin berkawan dengannya, malah dia sendiri juga mahu menjadi kawannya.

Menurut Tasha, perkongsian video itu dibuat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa kanak-kanak juga boleh berdepan dengan masalah keyakinan diri walaupun pada usia yang masih muda.

“Tanyalah mana-mana cikgu, kami pernah lihat perkara yang lebih teruk daripada ini. Sesetengah pengajaran bukan datang daripada buku.

“Kadangkala, ia tentang mengingatkan seorang kanak-kanak tentang kemampuannya dan bahawa dia layak untuk disayangi,” katanya.

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang memuji pendekatan guru berkenaan dalam memberi sokongan emosi kepada muridnya serta menekankan kepentingan empati dalam dunia pendidikan. – MYBERITA

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...