Bila lagu Jodoh Lebaran ‘Dikelantankan’… reaksi Aisha Retno curi perhatian

KUALA LUMPUR – Sebuah video nyanyian lagu raya popular Jodoh Lebaran dalam dialek Kelantan menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna di TikTok.

Video tersebut menarik perhatian ramai apabila individu berkenaan menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi muda Aisha Retno itu dengan gaya santai serta loghat Kelantan yang pekat, sekali gus memberikan sentuhan unik kepada lagu berkenaan.

Dalam kapsyen yang ditulis, pengguna itu turut berseloroh bahawa lagu raya yang tular biasanya mempunyai versi dialek Kelantan.

“Lagu raya viral gak ado selalulah versi Kelate. @aisharetno done Kelantankan lagu sis, by the way lagu ni sedak dooh,” tulisnya.

@afifffsola

Lagu raya viral gak ado selalu lah versi kelate 🤣 @Aisharetno done Kelantan kan lagu sis! Btw lagu ni sedak dooh 🙏🏼 #jodohlebaran #raya2026 #kelantantiktok

♬ original sound – afiffsola – afiffsola

Lebih menarik, Aisha yang juga penyanyi asal lagu tersebut turut meninggalkan komen pada video berkenaan.

“Sedak dooh,” tulisnya ringkas.

Komen tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut menyukai versi dialek Kelantan itu.

Malah, ramai memuji kreativiti individu berkenaan kerana berjaya menyesuaikan lirik lagu dengan loghat tempatan tanpa menjejaskan keindahan melodi asal.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 200,000 tontonan serta hampir 300 komen daripada pengguna media sosial. -MYBERITA

BACA JUGA:  Cermin kereta dipecah, pemandu diserang 10 individu bertopeng
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Insentif RM3 galak kanak-kanak solat subuh berjemaah

PEKAN - Inisiatif menyediakan insentif RM3 kepada kanak-kanak yang...

Baru enam tahun dah hafal… Hayder Qhalish buat ramai tergamam baca surah Ad-Dhuha tak tengok Quran

KUALA LUMPUR - Anak sulung kepada pelakon Eyra Hazali,...

Corak sejadah naelofar hangat diperdebat, dakwa ada imej tersembunyi

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial apabila seorang...

‘Masing Masing’ cipta rekod Asia, cecah 200 juta penstriman

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ernie Zakri terus mencipta kejayaan...

Tun Laila kongsi cara mangsa ‘scammer’ boleh tuntut semula wang

KUALA LUMPUR - Peguam dan pempengaruh, Tun Laila tampil...