Khamis | 15/10/2026 | 10:42:45 pm
HomeNasionalKerajaan kekalkan harga RON95 RM1.99 demi kurangkan beban kos sara hidup rakyat

Kerajaan kekalkan harga RON95 RM1.99 demi kurangkan beban kos sara hidup rakyat

KOTA KINABALU – Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun harga minyak mentah dunia meningkat susulan konflik geopolitik yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kenaikan harga minyak global memberi kesan besar kepada ekonomi termasuk kos pengangkutan, insurans serta harga barangan keperluan harian.

Menurut beliau, sebelum ini harga minyak mentah dunia sekitar AS$70 setong, namun kini meningkat kepada kira-kira AS$103 setong, sekali gus memberi tekanan kepada kos logistik dan perdagangan antarabangsa.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|