Syed Saddiq jumpa Anwar, sampaikan kuih raya Bella Astillah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi momen pertemuannya bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selepas bertolak dari Muar ke Putrajaya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syed Saddiq memaklumkan kunjungan tersebut bagi menyampaikan sendiri kuih raya yang dihasilkan oleh pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Menurutnya, pertemuan itu juga sebagai menggantikan peluang yang terlepas sebelum ini apabila beliau tidak dapat bersama Perdana Menteri ketika kunjungan ke Absolute Fest, kerana terlibat dengan sesi jualan secara langsung bagi menambah pendapatan.

“Dari Muar terus ke Putrajaya untuk berjumpa dengan YAB PM. Minggu lepas masa YAB PM datang ke Absolute Fest dan sempat jumpa Bella Astillah, saya pula tak dapat bersama sebab tengah ‘live selling’ demi cari rezeki tambahan.

“Hari ini dapatlah saya sampaikan sendiri kuih raya yang Bella buat. Freshly baked, straight out of the oven,” katanya.

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut berseloroh mengenai peranannya dalam penyediaan kuih tersebut.

“Saya? Setakat tabur cherry dekat atas saja… itu pun dah kira maksimum bakat,” katanya secara bersahaja.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kesudian meluangkan masa untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

Menurutnya, nasihat yang diberikan amat bermakna, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan pelbagai cabaran termasuk konflik geopolitik di Timur Tengah, usaha menstabilkan ekonomi serta persiapan rang undang-undang reformasi di Parlimen.

Beliau turut menyifatkan masa yang diluangkan oleh Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat dihargai, apatah lagi ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir. – MYBERITA

BACA JUGA:  Anwar ucap tahniah kemenangan Jojo di ONE Friday Fights 141
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...