Gelagat dua ekor kerbau sesat raih simpati warganet

KUALA LUMPUR – Dua ekor kerbau dipercayai tersesat dikesan berjalan di atas jalan raya yang sibuk di sekitar Damansara, sekali gus mengundang simpati orang ramai.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik pengguna Threads, kelihatan seekor kerbau dewasa bersama anaknya berjalan di tepi jalan di kawasan Sri Damansara, semalam.

“Mohon kutip kerbau siapa ni? Dah sampai Sri Damansara,” menurut kapsyen ringkas pada video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi lokasi terkini haiwan berkenaan yang didakwa bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain dalam tempoh singkat.

“Setengah hari dah saya kejar kemas kini ni. Tadi nampak ada hantaran di Desa Park, sekarang dah sampai Sri Damansara,” kata seorang pengguna.

View on Threads

Seorang lagi pengguna memaklumkan ternampak kerbau tersebut di Damansara Damai ketika sedang meragut rumput, manakala ada juga mendakwa haiwan itu sebelum ini ditambat di kawasan sama.

Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa simpati, lebih-lebih lagi apabila kerbau tersebut dilihat bersama anaknya, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan mereka di jalan raya.

Orang ramai turut menyarankan agar pihak berkuasa seperti bomba atau Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dihubungi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, terutama menjelang musim perayaan. -MYBERITA

BACA JUGA:  Aksi pemandu Honda City tukar lorong tanpa 'signal' di DUKE dikecam
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...