“Masuk sini terus nampak masa depan…”, 44 pelajar ‘form 6’ Lipis teruja jejak kaki ke USM 

GEORGE TOWN – Lawatan sambil belajar ke Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk, di sini hari ini menjadi platform pendedahan awal kepada dunia pendidikan tinggi bagi pelajar Kolej Tingkatan Enam Seri Lipis.

Program yang disertai kira-kira 44 orang pelajar bersama dua orang guru pengiring itu memberi peluang kepada mereka mengenali suasana pembelajaran di universiti, selain mendalami bidang akademik dan kemudahan yang ditawarkan USM.

Wakil pelajar, Muhammad Hazim Zakwan Nor Hidayat berkata lawatan tersebut memberi gambaran jelas tentang kehidupan sebagai mahasiswa serta membantu pelajar membuat perancangan masa depan.

“Lawatan ini sangat membuka mata kami tentang realiti kehidupan di universiti. Kami kini lebih jelas dengan hala tuju selepas tamat pengajian Tingkatan Enam,” katanya ketika ditemui MYBERITA.

Sementara itu, Naib Yang Di-Pertua Perkumpulan Siswa Siswi Pahang Darul Makmur (PERDAMA), Muhammad Harith Abd Rahman memaklumkan program berkenaan merupakan inisiatif untuk merapatkan jurang antara pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, lawatan seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan akademik, malah membina keyakinan diri pelajar untuk melangkah ke alam universiti.

“PERDAMA komited menjadi jambatan penghubung kepada pelajar luar bandar khususnya dari Pahang agar mereka lebih berani meneroka peluang pendidikan tinggi,” ujarnya.

Program tersebut turut diisi dengan sesi taklimat, lawatan sekitar kampus serta perkongsian pengalaman oleh mahasiswa USM.

BACA JUGA:  Gara-gara nak duit, anak mengaku hantar ibu uzur minta sedekah di bazar Ramadan
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...