Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di KLIA

SEPANG – Kumpulan pertama seramai 329 jemaah haji selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.13 pagi tadi, sekali gus menandakan bermulanya operasi haji fasa kedua bagi Musim Haji 1447H/2026M iaitu proses kepulangan jemaah ke tanah air.

Ketibaan mereka yang terdiri daripada jemaah Selangor disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan bersama isterinya Hanani Harun, serta Pengarah Eksekutif Pengalaman Pelanggan Tabung Haji, Mohamed Ameen Abdul Wahab.

Kumpulan berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada jam 11.31 pagi (waktu Arab Saudi) semalam menggunakan penerbangan Saudi Airlines SV5004.

Zulkifli berkata ketibaan kumpulan pertama itu menandakan urusan haji tahun ini memasuki fasa kepulangan jemaah dengan keadaan berjalan lancar dan teratur.

“Alhamdulillah semua jemaah berada dalam keadaan baik. Terima kasih kepada semua petugas haji termasuk Tabung Haji, Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Polis Diraja Malaysia serta Malaysia Airports Holdings Berhad atas kerjasama memastikan kelancaran operasi haji,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Tabung Haji (TH) menerima pengiktirafan tertinggi Anugerah Labbaikum Diamond daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, sebagai pengiktirafan terhadap pengurusan jemaah haji terbaik dunia.

Menurutnya, pencapaian itu merangkumi keseluruhan aspek pengurusan termasuk kursus haji, kesihatan, penerbangan, penginapan, logistik, sajian makanan dan keselamatan yang dilaksanakan secara teratur dan bersepadu.

Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang musim haji tahun ini, 65 jemaah masih menerima rawatan di hospital manakala 17 jemaah disahkan meninggal dunia di Tanah Suci, kebanyakannya akibat serangan jantung.

Zulkifli turut memuji disiplin tinggi jemaah Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci yang disifatkan mencerminkan imej baik negara di peringkat antarabangsa, termasuk amalan kebersihan, pematuhan peraturan serta inisiatif mengitar semula barangan.

BACA JUGA:  Pesawat Saudi Airlines bawa jemaah haji dilencongkan, terima ancaman bom

Sementara itu, beliau turut menghargai peranan media yang membantu menyampaikan perkembangan operasi haji kepada rakyat di tanah air dengan liputan yang meluas dan berkesan.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines bagi membawa pulang 31,600 jemaah haji bermula 3 Jun, dengan penerbangan terakhir dijadualkan pada 1 Julai ini.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...