Selasa, 23 Jun 2026
spot_img
HomeJenayahKes dompet RM10,000, penghantar barang dibebaskan dengan jaminan polis

Kes dompet RM10,000, penghantar barang dibebaskan dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR – Siasatan kes kehilangan dompet membabitkan dakwaan wang tunai RM10,000 di sebuah pasar raya di Semenyih terus berjalan apabila suspek utama, seorang penghantar barang, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pembebasan lelaki tempatan berusia 37 tahun itu dibuat sementara kertas siasatan dilengkapkan.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mengulas status wang tunai yang didakwa hilang dalam kejadian tersebut, beliau memaklumkan siasatan masih diteruskan dan sebarang perkembangan akan diumumkan kemudian.

Sebelum ini, suspek ditahan pada 18 Jun lalu kira-kira jam 1 pagi sebelum direman empat hari, dan kemudian sambungan reman dibuat sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Kes itu sebelum ini tular di media sosial selepas seorang wanita warga China mendakwa kehilangan dompet mengandungi wang RM10,000 ketika berada di pasar raya berkenaan. Dompet tersebut kemudiannya dipulangkan seorang lelaki, namun timbul pertikaian apabila wanita itu mendakwa wang tunai di dalamnya telah hilang.

Lelaki terbabit bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan beliau hanya memulangkan dompet yang ditemui.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-
Google search engine