Isnin | 12/10/2026 | 10:33:46 am
HomeJenayahFasilitator ditahan disyaki cabul empat murid lelaki dalam kem motivasi

Fasilitator ditahan disyaki cabul empat murid lelaki dalam kem motivasi

BALIK PULAU – Seorang fasilitator lelaki ditahan polis malam tadi selepas disyaki mencabul empat murid lelaki berusia 12 tahun ketika menyertai satu program di sebuah kem motivasi di Kampung Genting, di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata kejadian dipercayai berlaku semasa program motivasi melibatkan murid dari sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian, Perak, pada 12 Oktober lalu.

Menurutnya, suspek berusia 33 tahun yang merupakan fasilitator jemputan bertindak mencabul mangsa di dalam asrama penginapan kem berkenaan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 12 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|