Rayuan Syed Saddiq tertangguh, Timbalan Pendakwa Raya sakit tekak

Mahkamah Rayuan menangguhkan prosiding rayuan Syed Saddiq ke 17 April selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, tidak dapat meneruskan hujahan akibat sakit tekak. Foto MYBERITA


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini menangguhkan prosiding rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, terhadap sabitan bersalah dan hukuman membabitkan empat kesalahan berkaitan dana Armada ke 17 April depan.
Penangguhan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau mengalami sakit tekak dan tidak dapat meneruskan hujahannya.
Semasa prosiding di hadapan panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Wan Shaharuddin menjelaskan bahawa terdapat banyak fakta yang perlu dihujahkan dan beliau memerlukan sekurang-kurangnya 45 minit untuk berbuat demikian.
Namun, keadaan kesihatannya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan hujahan seperti yang dirancang.
\”Saya mohon mahkamah membenarkan prosiding ini bersambung selepas sambutan Aidilfitri pada bulan hadapan. Sebolehnya saya mahu habiskan hujahan hari ini juga, namun saya tak tahu nak buat macam mana dah sebab sakit,\” katanya.
Susulan itu, mahkamah bersetuju untuk menangguhkan prosiding dan menetapkan tarikh baharu pada 17 April bagi meneruskan hujahan rayuan.

BACA JUGA:  Budak tujuh tahun maut disengat obor-obor kotak di Kuala Penyu
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...