Dituduh eksploitasi Kak Cik Yah, Pak Mat Western tampil beri penjelasan

Menurut Pak Mat Western, pelantikan Kak Cik Yah, yang merupakan individu paling veteran dalam kempen pemasaran mereka. (Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Pak Mat Western di laman TikTok)


KUALA LUMPUR – Pengusaha restoran popular, Pak Mat Western, tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi yang timbul susulan pelantikan Kak Cik Yah sebagai duta produk mereka.
 
Menurut Pak Mat Western, pelantikan Kak Cik Yah, yang merupakan individu paling veteran dalam kempen pemasaran mereka, telah dibuat secara rasmi dengan persetujuan penuh daripada beliau dan keluarganya tanpa sebarang unsur paksaan.
 
“Mungkin ada pihak yang kurang jelas, sebenarnya Kak Cik Yah secara rasmi telah dilantik sebagai duta paling veteran di Pak Mat Western,” katanya menerusi video yang dimuat naik pemilik perniagaan berkenaan.
 
Beliau menegaskan bahawa segala skop kerja telah diterangkan dengan teliti kepada Kak Cik Yah, termasuk perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
 
“Kami jelaskan satu per satu mengenai tugas Kak Cik Yah, dan beliau sendiri berasa seronok serta bersetuju untuk melakukannya,” tambahnya.
 
Pak Mat Western turut menjelaskan bahawa pelantikan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada perniagaan mereka tetapi juga membantu meningkatkan taraf kehidupan Kak Cik Yah.
 
“Sebagai duta, Kak Cik Yah menerima pendapatan bulanan tetap, bantuan barangan dapur, serta komisen hasil daripada jualan yang dijalankan,” ujarnya.
 
Isu ini tular selepas sesetengah netizen mendakwa bahawa Kak Cik Yah kelihatan penat ketika sesi siaran langsung, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa beliau dieksploitasi untuk kepentingan komersial.
 
Namun, Pak Mat Western menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa kebajikan Kak Cik Yah sentiasa menjadi keutamaan mereka.
 
“Kami dah fikir masak-masak tentang keadaan kesihatan beliau dan memantau setiap langkahnya seolah-olah seperti ibu kami sendiri,” katanya lagi.
 
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen video yang telah meraih lebih satu juta tontonan mendapati rata-rata netizen memberikan respons positif terhadap pelantikan Kak Cik Yah sebagai duta produk.
 
Banyak pihak memuji inisiatif Pak Mat Western dalam membantu golongan warga emas menjana pendapatan dan mengharapkan agar segala urusan ini terus berjalan dengan baik.

@pakmatwesterncafee Kami faham keresahan cucu-cucu yang lain 🥺 #fyp #foryoupage #foryou ♬ Instrumen Sedih – Khalif Arkhan
BACA JUGA:  \"Saya sayang Malaysia sampai hujung nyawa\" - Mahathir
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...