Penjenayah warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan

Foto MYBERITA

GEORGE TOWN – Seorang penjenayah warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis ketika cuba meloloskan diri di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok, awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.20 pagi itu bermula apabila suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang sebelum itu menemui suspek dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang motosikal jenis Yamaha 115ZR.
Menurutnya, anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah telah memperkenalkan diri lalu mengarahkan suspek berhenti untuk pemeriksaan.
“Namun, lelaki itu enggan mematuhi arahan dan memecut laju. Pasukan polis segera mengejar dan cuba memintas motosikal terbabit sebelum suspek secara tiba-tiba bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota.
“Bagi mempertahankan diri, pasukan polis membalas tembakan sehingga suspek rebah. Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati lelaki tersebut tidak lagi bergerak.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk pistol jenis Glock serta sejumlah dadah dipercayai heroin bersamanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Hamzah, kes tersebut kini disiasat mengikut beberapa peruntukan undang-undang antaranya Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tambahnya, siasatan lanjut juga mendapati suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan jenayah yang mungkin berkaitan dengan suspek serta sumber bekalan dadah yang ditemui bersamanya.

BACA JUGA:  Araff mara ke \'final\' Big Stage Alpha, syukur restu mak abah, rezeki Tuhan
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...