KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri, iaitu Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Menurut kenyataan MetMalaysia, antara daerah di Selangor yang dijangka terkesan ialah Sabak Bernam dan Kuala Selangor. \”Di negeri Perak, ia berisiko melanda kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak. \”Selain itu, di Kelantan pula, melibatkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang,\” menurut kenyataan tersebut. MetMalaysia turut menjelaskan bahawa cuaca buruk ini dijangka turut berlaku di negeri Terengganu yang melibatkan kawasan Besut dan Hulu Terengganu, manakala di negeri Pahang pula membabitkan daerah Rompin. \”Cuaca sama dijangka berlaku di Johor membabitkan kawasan Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi. \”Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti,\” menurut laporan itu lagi. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.